Monday, May 10, 2010

Reaksi dan Respons

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat kembali semua. Sebelum ni, sy bercadang ingin menyambung post yang sblm ni, tetapi, memandangkan ada beberapa perkara yang masih belum saya perjelaskan berkaitan isu Islam yang semakin hilang kredibilitinya.





Reaksi Kepada Ancaman Terhadap Islam
Kita lihat banyak sekali group2 yg amat menyakitakan hati di facebook, terutamanya berkaitan Akidah dan Agama kita amnya. Dan pada masa yang sama, banyak sekali pula usaha2 kepada fitnah yg dilemparkan terhadap islam. Namun dalam masa kita ditekan, apa yang sebaiknya kita buat sebagai reaksi dan respons terhadap perkara seumpama ini.



Bersabar
Yang pertama sekali, perkara wajib yang perlu kita buat, ialah bersabar. Namun bukan bererti sabar itu adalah tidak mengambil kira sama sekali hal yang berlaku. Sabar yang bererti menahan kemarahan. Kita perlu sedar bahawa kedudukan agama kita pada hari ini bukan seperti 1000 tahun sebelumnya.

Seorang ulamak pernah berkata bahawa apabila anjing mengganggu kita, tidak patut untuk kita menyalak kembali kepadanya. Sebaliknya, kita perlu berbicara kepada tuannya. Sama halnya dengan manusia, manusia yg mmberi ancaman kepada agama kita, tidak seharusnya kita kembali mencaci, mentohmah, membuan ancaman bunuh, mengebom (walaupun kita tahu, xsemestinya pengebom itu muslim, krana itu sbahagian drpd fitnah) dan sebagainya. Hendaklah kita berbbicara kepada tuan manusia, iaitu Allah swt.

Malah Rasulullah sendiri dicaci diherdik dan dipermain2kan ajarannya. Dan apa reaksi baginda ? itulah yang patut kita contohi. Kita perlu sedar mereka sama sekali tidak faham akan apa yang dimaksudkan dengan Islam apatah lagi isi keseluruhannya.

Namun dalam masa yang sama, tidak bererti kita patut diam, lihat dan buat2 tak tahu. Itu bukan tindakan sepatutnya. Bantahan itu perlu, dan sangat penting, tetapi perlu berdasarkan tatacara islam yang betul dan berdasarkan pengalaman Rasulullah. Tidak ada bezanya zaman sekarang dan zaman jahiliah.

Islam itu datang dalam keadaan aneh, dan kembali dalam keadaan aneh.



Rasulullah Sebagai Panduan
Kita sendiri boleh saksikan bahawa sejarah telah kembali berulang pada kedudukan asalnya. Inilah ujian untuk kita. Rasulullah telah lama menghadapi situasi seumpama ini.Tidak perlu diceritakan dengan terperinci, semua saya kira sudah tahu. Jadi, ikutlah Rasulullah, tidak perlu membunuh hanya kerana Islam dipersoalkan. (Kalau dalam hati memang la nak bunuh) Sebaliknya, kita soalkan orang yang mempersoalkan agama kita supaya mereka berfikir, bukan terus dengan persepsi bahawa Islam is Terrorism.

Dan dalam usaha ke arah itu, kita perlu perbaiki diri sendiri, keluarga, masyarakat dan ummah. Kita perlu tunjukkan imej yang sebenar Islam. Imej muslim yang berakhlak dan bermentaliti tinggi.

Jangan pula kita sibuk nak bunuh sana, bunuh sini, sedangkan ummah sendiri terbahagi2 dan berperang sesama sendiri. Fundamentalis, Tradisionis, Liberalis ketepikan semua tu. Islam adalah satu.

Wallahua'lam.


0 comments:

Post a Comment