Thursday, May 20, 2010

20th May. The Day We Flood Grief to The Messenger

Assalamualaikum w.b.t.

Today is 20th of May. And the feeling I feel all this day is a mixture of grief, annoyed, sick, anger, love, patience, and whole lot more.

For some of you that might wonder, what is it, on 20th May.


It's the day for some people referred as Everybody Draw Muhammad Day.
(The next sentence I decided to continue in Malay, as it seems readers find it's boring to read in english)

Sejarah

Ramai yang tahu bahawa hari ini telah lahir daripada Facebook. Ada ulamak mengatakan Facebook adalah antara medium fitnah ter-efektif masa kini, khususnya terhadap agama Islam.
Hari ini secara kurang ajarnya telah muncul hasil tertubuhnya group dalam Facebook oleh kumpulan-kumpulan musuh-musuh yang memusuhi Islam.

Tapi apa puncanya ?

Tidak ramai yang tahu tentang tragedi percubaan pengeboman yang berlaku di Times Square New York baru-baru ini. Dan percubaan itu gagal. Puncanya pula ialah penyiaran kartun South Park yang menunjukkan karikatur Nabi Muhammad S.A.W sebagai salah satu watak. Dan perkara ini merupakan provokasi yang cuba dicetuskan musuh Islam.

Saya tidak mengatakan bahawa dalang disebalik percubaan pengeboman itu adalah Muslim, atau radikal Muslim, kerana ada kemungkinan bahawa ianya hanyalah fitnah terhadap agama.

Tetapi reaksi yang agak radikal dapat dilihat oleh sekumpulan Muslim di Amerika yang mengugut bunuh terhadap pelukis kartun South Park. Dan apabila berlaku percubaan pengeboman berlaku, segalanya dilemparkan terhadap Islam.

Dan sebahagian besar musuh Islam mengambil kesempatan terhadap tragedi ini dengan melemparkan dengan fitnah-fitnah baru mengatakan Islam melarang sama sekali kebebasan bersuara (kebebasan bersuara merupakan budaya Amerika).

Lalu lahirlah group ini dan mereka menganjurkan hari yang dinamakan Everybody Draw Muhammad Day. Kononnya sebagai percubaan membantah larangan kebebasan bersuara oleh Islam.


Tidak Lain Hanyalah Provokasi

Ianya jelas sekali satu provokasi.

Dan perkara yang terbaik untuk mengatasi provokasi ialah dengan tidak terikut dengannya. Bagaimana ?

Sudah tentu dengan menyuarakan bantahan bukan secara ugutan. Banyak lagi cara lain. Sebahagian Muslim yang bijak mengambil langkah meng-deactivate akaun Facebook mereka.

Tunjukkan Imej seorang Muslim yang matang.

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin pernah mengulas tentang cara menghadapi kutukan. Beliau mengambil perumpamaan daripada seroang Ulamak yang berkata :

"Apabila anjing menyalak dan mengganggu kita, tidak sepatutnya kita turut menyalak sama. Tetapi langkah terbaik ialah dengan mengadu pada tuannya"

Dalam kes ini, tuan manusia hanyalah Allah. Mengadulah kita kepadanya, minta dibersihkan fitnah ini daripada Nabi yang tercinta.

Love

Mengapa saya katakan Love di atas tadi ? Memang benar, cinta saya terhadap Baginda S.A.W semakin bertambah apabila mengenangkan bagaiman beliau masih sanggup mendoakan kesejahteraan penduduk Taif yang melemparkan baru dan najis kepadanya kerana kerja dakwah Baginda.

Keadaan yang Baginda lalui dahulu tidak banyak bezanya dengan sekarang. Contohilah kesabaran dan tindakan Rasulullah.

0 comments:

Post a Comment