Monday, May 17, 2010

Epal - Jus epal ? pai epal ? kek epal ? apa yg lebih best ?



Sudah tentunya Apple iPhone !


Ok, mungkin sesetengah orang berpendapat adalah tidak wajar untuk membeli produk2 daripada Apple kerana semuanya tak kan pernah berhenti. Pada masa kita rasa kita bangga bahawa kita akan mempunyai iPhone, kerana ingin membelinya esok, sedar tak sedar lusa akan keluar edisi yang terbaru. Sigh~

Dan selalunya iPhone dilabel oleh masyarakat sebagai "overprice".

Tapi semua itu bergantung kepada individu masing-masing. Mana taknya, duit sendiri kan? Tetapi perlu beringat, jadilah pengguna bijak.

Tak perlu fikir panjang, post kali ni saya nak dedahkan tentang kelahiran generasi baru iPhone, - Apple iPhone 4G. Ya 4G.

Di kala ada yang dah pasang impian memiliki iPhone atau yang baru sahaja memilikinya, tentu sekali ada perasaan kecewa, menyesal dan agak tertekan. Sudah tentulah, there are so much to be offered by this latest generation. Ia jauh lebih baik.

Baik, berdasarkan sumber daripada Gizmodo, Satu model prototaip iPhone 4G telah jatuh ke tangan seseorang yang menjumpainya di bar kerana seorang pekerja Apple di bahagian pembangunan teknologi telah tidak sengajanya meninggalkan model tersebut. Lalu tersebarlah semua ciri-ciri baru yang ingin dirahsiakan pihak Apple ke seluruh pelusuk Lembah Silikon ni.

Dan ada desas dessus mengatakan ia akan dilancarkan sepenuhnya pada pertengahan musim panas 2010 iaitu pada Julai. Dan ia bukan sekadar penambah-baikan yang ala kadar, dan sedikit, ia bakal menerajui era "Computer-in-your-pocket". Bukan sekadar teknologi iPhone 3G yang tidak boleh merakam video kepada iPhone 3GS yang boleh merakam video. Ia sesuatu yang baru !

Mungkin inilah yang dinanti-nantikan sesetengah pihak (seperti saya) yang berasakan bahawa pembelian iPhone generasi sebelumnya seperti 3G dan 3GS adalah kurang berbaloi kerana ia masih dapat ditandingi iPod touch cuma harganya sahaja yang berlebihan.

Antara ciri-ciri baru iPhone 4G :

-Sudah tentunya teknologi internet yang lebih pantas dengan 4G. Lebih hebat daripada teknologi 3G.
-Email bersatu (segalanya ada dalam satu tempat, bukan berterabur)
-Folder untuk Apps
-Design yang lebih kemas dan ergonomik. (lihat gambar di bawah)
-Skrin OLED
-Multi-tasking. (anda boleh bersms, berfacebook dan menjalankan apps-apps dalam masa yang sama) menggunakan teknologi OS 4.0
-kamera di hapadan (untuk kegunaan video chat) bermakna ada 2 kamera
-32G dan 64G basic memory. Sentiasa boleh ditambah (ada slot SD)
-Bateri boleh ditanggalkan
-HD - Camera, camcoder, audio.
-True GPS built-in






Stylish, as always !

0 comments:

Post a Comment