Thursday, September 9, 2010

Burn Quran Campaign. Something WE SHOULD'NT TAKE FOR GRANTED



Assalamualaikum w.b.t


Sekarang ni rata-rata umat islam di malaysia sedang excited
menunggu tamatnya hari ni seterusnya meraikan hari lebaran yang
ditunggu-tunggu setelah sebulan kita menunaikan ibadah berpuasa.



Namun tidak lupa juga bagi sebahagian yang menangisi dan bersedih hati
atas pemergian ramadhan atas sebab-sebab masing-masing.

Mungkin ada yang tidak berkesempatan memanfaatkan sepenuhnya bulan ramadhan untuk beribadah,
mungkin ada yang masih tidak puas dengan nikmat ramadhan
Mungkin ada yang merasakan bulan ramadhan tidak ada bezanya dengan bulan-bulan yang lain
cuma bezanya lapar dan dahaga yang ketara

atau

mungkin ada yang langsung tidak berpuasa di bulan ramadhan ? [allhua'lam, masing-masing nilai diri sendiri]




Sedang kita sibuk dengan perayaan yang bakal tiba, adakah kita sedar akan ancaman yang bakal terjadi di awal Syawal nanti?


Dove World Outreach Center, sebuah gereja di Florida dengan aggresifnya sedang melancarkan kempen
"Burn Quran Day" pada 11 September dengan mendakwa tindakan ini adalah respons terhadap Orang Islam kerana
keganasan yang sering kali dicanang-canangkan di lakukan orang ISlam.

Perkara ini diburukkan lagi dengan situasi masyarakat barat disuap-suap dengan idea bahawa "Islam is the Devil"

Saya tidak mahu membincangkan dengan lebih lanjut mengenai situasi yang berlaku kerana sudah jelas
memang ia menyentuh sensitiviti masyarakat Islam.


Apa yang saya mahu bincangkan di sini ialah, apa tindakan yang patut kita buat ?


Adakah dengan menyerang dengan cara fizikal pihak yang terbabit dengan senjata dapat menyelesaikan masalah?
Sudah tentu tidak. Malah, persepsi masyarakat dunia yang sememangnya telah diracun media terhadap
Orang Islam yang disinonimkan dengan keganasan dan pengganas akan menjadi lebih kuat lagi.
Lebih mudah untuk mereka menuduh Muslim sebagai extrimist dan terrorist.
Segala nilai-nilai mulia yang dibawa oleh Rasulullah akan tercemar dengan begitu sahaja. Sifat sebenar Islam tak mungkin akan
sampai di mata dunia untuk membersihkan fitnah yang sedia ada.

Kita perlu ingat bahawa tindakan mereka ini tidak lain tidak bukan hanyalah tindakan provokasi.
Mereka tahu bahawa inilah kelemahan kita. mereka mahu kita bertindak dengan keganasan. Dengan itu, mereka boleh bergelak tawa
menghina Islam sebagai agama yang mundur, ganas, dan tidak bertamadun.


Sudah tentu kita tidak mahu perkara ini berlaku.

Justeru, kita perlu membuktikan pada dunia bahawa kita mampu menyelesaikan masalah dengan cara yang matang.

Kita perlu menunjukkan pada mata dunia bahawa mereka tidak ada beza dengan dakwaan yang mereka lemparkan kepada Islam
iaitu sebagai ekstrimis.

Kita perlu suarakan, walaupun benar yang meranapkan World Trade Centre pada 11 September 2001 itu merupakan orang Islam,
mereka tidak mewakili Islam (sudah tentulah tidak, kerana bukan orang Islam yang buat)

Kita perlu menghina sekeras-kerasnya tindakan mereka kerana kita tidak pernah pula membakar Bible dan membuang Bible
ke dalam lubang jamban.

Tunjukkan pada dunia bahawa sifat sebenar orang Islam berkontradiksi dengan tuduhan mereka.

Kita perlu tunjukkan sifat yang matang dan akhlak yang terbaik dan cuba berunding dengan pihak gereja lain
menghina tindakan sebahagian orang Kristian yang terkutuk tersebut.

0 comments:

Post a Comment