Assalamualaikum (Islamic)
Hari ini aku nak bagitau kat korang bahawa hajat aku untuk makan cupcakes masih lagi tak kesampaian .
Cerita dia macam ni.
Mula-mula, memang aku semangat gilaa dah nak pergi kedai runcit beli tepung(flour), gula aising (icing sugar), gula perang (brown sugar), dan beberapa bahan-bahan lain termasuklah tembikai.
Tapi dalam perjalanan, aku teringat bahawa aku lupa bawak duit, so, aku terpakasa patah balik, ambil duit.
Nasib baik , aku selamat sampai kat kedai, dan berjaya beli bahan-bahan di atas.
Sampai je aku kat rumah, aku terus bukak tepung(flour), mentega(butter), apa benda semua, terus campur dan uli sampai jadi macam pes(paste). Time tu mata aku dah bersinar-sinar dah, excited sangat, sebab tinggal beberapa step lagi nak jadi.
Malangnya,
Lepas je siap pes(paste), aku pon terus buat bentuk bulat, dan masukkan dalam kuali, yang memang ada minyak tengah menggelegak dalam tu.
Aku pun pelik juga, kenapa aku buat macam tu. Rupa-rupanya, baru aku sedar, ni step buat donat. Mak aku pun bising, sebab mak aku nak goreng ayam waktu itu. Penat-penat dia panaskan minyak, sedap hati aku je buat cupcakes, eh donat(doughnut).
Jadi, kempunan la aku nak makan cupcakes lagi, dan duit aku burn camtu je sebab silap buat.
Makan je lah donat(doughnut) pun. Enjoy.
Read The Rest Of This Entry